Pantas sungguh masa berlalu. Puteri-puteri kian membesar dan semakin pandai mengusik hati dan perasaan saya. Pagi ini saya mendapat diari dan pendrive yang sepadan warnanya. Kedua-duanya adalah keperluan di dalam pekerjaan saya. Menurut suami, puteri-puteri saya yang beriya-iya memilih dan mencadangkan warna ungu kerana ianya warna kegemaran saya. Sungguh terharu rasa hati saya. Saya semakin menyedari, puteri-puteri saya semakin bijak dan mempunyai citarasa serta sensitiviti yang tersendiri. Pastinya saya amat menghargai pemberian mereka. Walau di mana saya berada, mereka tetap di hati saya. Dunia pekerjaan saya tidak pernah memisahkan saya dan puteri-puteri saya. Seolah-olah setiap saat mereka di samping saya. Pemberian mereka memenuhi ruang khas di tempat kerja saya. Memberi semangat dan kekuatan... Saya doakan semoga puteri-puteri saya menjadi anak-anak yang solehah dan berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya rasa terharu itu datang lagi...
Terima kasih puteri-puteri tersayang
No comments:
Post a Comment