Dah lama juga saya tidak pernah melihat pokok dan buah munggai di mana-mana. Saya tidak pasti apa nama lain baginya kerana di tempat saya ianya dikenali sebagai munggai. Kali terakhir saya melihat pokok ini adalah sekitar 15 tahun yang lepas. Jiran Bonda ada menanam pokok ini di jalan masuk ke rumahnya. Tetapi apabila proses membesarkan jalan dan mengubahsuai rumah dibuat, jiran saya telah menebang pokok ini dan mencabut akar umbinya. Hidangan yang sinonim dengan buah ini adalah Gulai Lemak Buah Munggai dan Udang. Alahai, sedapnya!
Hendak dijadikan cerita, saya jarang sekali berurusan di pejabat pos kerana sebarang urusan di sana diuruskan oleh suami. Tetapi semasa borak santai dengan suami tentang buah-buah pelik ketika zaman kanak-kanak, terlintas di fikiran saya buah munggai. Ketawa suami mendengarnya. Tidak pernah mendengar apatah lagi memakannya. Beriya benar saya untuk memperkenalkanya lalu, saya dapat satu gambar dengan bantuan 'Google'.
Esoknya dia pula beriya mahu saya menemaninya ke pejabat pos. Saya pula berasa pelik dan memilih untuk menunggu di dalam kereta. Suami menyuruh saya menikmati keindahan alam dari dalam kereta. Pelik lagi. Musykil saya dengan sikap suami. Tapi akhirnya, saya nampak pokok ini. Ya, kedudukannya berkembar dengan pagar belakang pejabat pos. Ala, kan senang kalau bagitau awal-awal :)
Nota : Ada nama lain tak untuk pokok buah munggai? Atau ada resepi buah munggai yang mahu dikongsikan, boleh juga!
arwah mak panggil kacang lemunggai..masak dengan kari kan? biasanya mak amsak dgn kari ikan..aduhh kenangan lagi. masa kecik2 slalu suruh mak masakkkan, pokoknye mmg tinggi. susah payah dia kaitkan kacangnya tu.
ReplyDeleteYa.. betul tu... sedap dimakan, tapi susah nak mendapatkannya. Kalau kat pasar... 5 btg RM5...itupun kadang ada, kadang tiada.. Terima kasih kerana melawat blog ini :)
Delete