Sudah lama saya menyimpan impian untuk mengabadikan pengalaman berada di satu-satu tempat dan memberi pandangan peribadi saya di laman maya ini, samaada di dalam atau di luarnegara. Namun, di atas beberapa komitmen yang lebih penting, hasrat dan impian itu sekadar menjadi angan-angan sahaja. Aktiviti menulis di fotopages dan blog kemudiannya juga terpaksa dihentikan. Sukar bagi saya untuk mengorek kembali semua gambar-gambar yang tersimpan sambil mengingati kembali kisah ketika itu. Pastinya ia mengambil masa.
Jadi, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, bermula Januari nanti, saya akan memulakan dahulu Siri Jejak, Eksplorasi & Pandangan dengan destinasi terkini. Saya anggapkan penulisan ini sebagai kenangan generasi saya. Dan jika ada manfaatnya, mungkin sebagai panduan kepada semua yang membaca blog ini. Tetapi, saya adalah 'family type', ke sana-sini tidak pernah berseorangan. Jadi lebih kepada panduan perjalanan berkeluarga. Untuk adik-adik bujang saya, mungkin boleh diubahsuai mengikut keselesaan sendiri :)
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan destinasi menarik di dalam Malaysia untuk di'email'kan kepada saya di mrslavenderdaisy@gmail.com
In shaa Allah, saya & keluarga akan ke sana suatu hari nanti. Cadangan anda pastinya sangat saya hargai. Terima kasih
No comments:
Post a Comment