Sebagai anak Kedah, saya sangat sinonim dengan terma sawah padi. Saya akui...saya tiada kepakaran, malahan dunia kanak-kanak saya lebih kepada menikmati keindahan sawah padi di waktu petang semasa musim menuai. Kegembiraan bermain wau kertas sambil berlari di batas ban, juga menangkap anak-anak ikan di tali air. Kemudiannya, menikmati rojak buah dan laksa di bawah pokok keriang dot beserta sirap sejuk.
Kini, setelah lebih 25 tahun, saya kembali ke sini. Bersama Bonda dan keluarga kecil saya tanpa Ayahanda saya. Suasananya jauh berubah. Bukan sekadar motorsikal, malahan kereta juga sudah boleh dipandu menyusuri sawah padi yang luas terbentang.
No comments:
Post a Comment