Ini bukan rancangan MasterChef. Juga bukan rancangan realiti memasak yang lain yang mencari peserta paling berbakat menghasilkan hidangan terbaik. Selepas kisah yang saya tulis di entry ini , sekarang saya ada misi baru. Misi mencari dangai terbaik...yang sedap pada selera dan tekak saya. Buat waktu ini, saya belum ada kepakaran membuatnya. Doakan semoga suatu hari nanti.
Bila saya google, banyaknya hasil paparan tentang dangai ini. Popular juga ya makanan ini. Terus terang, di zaman kanak-kanak saya, kuih dangai dah jadi 'favourite '. Walaupun acapkali diusik dengan makan banyak kelapa, banyak cacing dalam perut... ianya tidak pernah mengubah apa-apa, saya hanya pejamkan mata, tutup telinga... terus menikmati kuih kegemaran saya.
Kali terakhir saya menikmatinya adalah ketika zaman bujang. Pada masa itu saya menyewa di Bukit Gedong, Bayan Baru, Pulau Pinang bersama rakan-rakan sekerja. Selalunya saya membeli dua jenis kuih, apom lenggang dan juga kuih dangai. Teringat-ingat pula...alahai...
No comments:
Post a Comment