Secara umumnya, memang rasa tak logik pun ada di dalam fikiran saya. Bukan apa...saya dan keluarga menginap di hotel yang jaraknya cuma 8 km dari rumah saya. Masa yang diambil untuk menyiapkan 'travel bag' jauh lebih lama dari masa perjalanan ke hotel. Walaupun begitu saya rasa berbaloi.Saya dan suami sependapat. Kami tidak mempunyai hari cuti yang sama tapi waktu-waktu keemasan untuk bersama keluarga kecil kami mesti dihabiskan dengan sesuatu yang berlainan ataupun setidak-tidaknya dalam suasana yang berbeza. Apatah lagi cuti kerja saya dan suami yang terhad di waktu puteri-puteri saya menghabiskan cuti persekolahan mereka. Jika di awal cuti, kami berjalan-jalan di Cameron Highland, pengakhiran cuti sekolah, kami pilih destinasi yang berdekatan. Tapi, tidaklah menjangka sedekat ini :)
Pandangan peribadi saya: 9.5/10
- Perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh staff-staf di sini memang kelas pertama. Cuma, seelok-eloknya sediakan wang tunai untuk pembayaran bil di kaunter. Mungkin disebabkan hotel ini masih baru, jadi mesin kadnya masih on-off semasa saya menginap di sana.
- Sarapan pagi yang disediakan begitu banyak pilihan, sesuai untuk semua peringkat umur dan citarasa.
- Suasana hotel yang dikelilingi sawah padi begitu mendamaikan.
- Kolam renang yang 'Islamic friendly' (bahagian lelaki dan wanita dipisahkan). Belum pernah saya jumpa di hotel-hotel yang pernah saya inap sebelum ini.
- WIFI~ Laju :)
- Tempat letak kenderaan yang luas dan mampu menampung bilangan kenderaan tetamu yang banyak. Tempat parkir untuk orang kelainan upaya juga disediakan.
- Gerai makan/restoran dan kedai runcit sangat banyak pilihan...Di sepanjang jalan Titi Gajah (dari Alor Setar ke Kepala Batas - kedua-dua arah).
- Berhampiran lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
- Jarak ke Bandaraya Alor Setar (Menara Alor Setar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Stadium dll) hanya lebih kurang 11 km.
Saya yakin hotel ini boleh dimasukkan ke dalam hotel pilihan anda jika berkunjung ke Alor Setar. Rancang percutian lebih awal sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah
Lot 3860, Mukim Titi Gajah,
Seksyen 2, Bandar Anak Bukit,
Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: 04-7403 666
Faks: 04-7145 666
Emel: centralresv@holidayvilla.com.my
Klik Di Sini Untuk Maklumat Terperinci
Lot 3860, Mukim Titi Gajah,
Seksyen 2, Bandar Anak Bukit,
Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Telefon: 04-7403 666
Faks: 04-7145 666
Emel: centralresv@holidayvilla.com.my
Klik Di Sini Untuk Maklumat Terperinci
No comments:
Post a Comment