Thursday 6 August 2015

Syabas Dan Tahniah: Stesen Minyak Petronas Jitra dan Bertam

 Saya ingin mengutarakan rasa bangga saya dengan kedua-dua stesen minyak Petronas ini. Saya tidak tahu  secara terperinci tetapi saya membuat kesimpulan berdasarkan pengamatan saya.  

Di kedua-dua tempat ini, saya terpandang insan-insan istimewa yang kelainan upaya berpakaian seragam menjalankan tugas mereka di sana. Betapa mulianya hati majikan yang memberi peluang setara tidak kira bagaimana fizikal seseorang itu. Jika diberi peluang, insan-insan istimewa ini sebenarnya jauh lebih berupaya dari kita yang biasa-biasa.  

Saya pasti, semangat mereka waja, mereka ikhlas berdikari dan bekerja kerana mereka insan yang istimewa...Jika tidak pada orang lain, sejujurnya mereka begitu istimewa di hati saya. 

Syabas Dan Tahniah!


No comments:

Post a Comment