Monday, 31 August 2015
Sunday, 30 August 2015
Kenapa Pita Kebab Ini Begitu Istimewa?
Ini adalah hidangan makan malam kami sekeluarga semalam.
PITA KEBAB ISTIMEWA
Selain dari rasanya yang berganda sedapnya, ia adalah hasil airtangan suami.
Kekangan masa dan juga kerjaya, menyebabkan suami jarang ke dapur untuk memasak.
Beliau sangat ringan tulang membantu tetapi bukan sebagai Chef.
Bila sahaja ada kelapangan, inilah hasilnya.
Menu yang lari dari kebiasaan.
Ringkas, cepat dan sedap!
PITA KEBAB ISTIMEWA
Selain dari rasanya yang berganda sedapnya, ia adalah hasil airtangan suami.
Kekangan masa dan juga kerjaya, menyebabkan suami jarang ke dapur untuk memasak.
Beliau sangat ringan tulang membantu tetapi bukan sebagai Chef.
Bila sahaja ada kelapangan, inilah hasilnya.
Menu yang lari dari kebiasaan.
Ringkas, cepat dan sedap!
Friday, 28 August 2015
Cadangan Menu Makan Malam Yang Agak Berat
Selalunya, menu makan malam adalah makanan berasaskan mee, bihun dan koew teow.
Tetapi jika berpuasa isnin dan khamis, semestinya menu adalah nasi.
Hidangan ini agak berat tapi sesuailah mengikut kehendak keluarga kecil saya...
Juga mengikut masa yang saya ada.
Ayam Masak Merah Kismis
Ikan Siakap Masak Asam
Salad Timun Tomato
Nasi Putih
Tetapi jika berpuasa isnin dan khamis, semestinya menu adalah nasi.
Hidangan ini agak berat tapi sesuailah mengikut kehendak keluarga kecil saya...
Juga mengikut masa yang saya ada.
Ayam Masak Merah Kismis
Ikan Siakap Masak Asam
Salad Timun Tomato
Nasi Putih
Wednesday, 26 August 2015
Tuesday, 25 August 2015
Sudut Yang Sesuai Untuk Lukisan Berbingkai Hadiah Sahabat Yang Jauh Di Mata
Ini adalah antara lukisan berbingkai yang saya dan suami suka.
Pemberian kawan sekerja suami semasa kami berangkat meninggalkan bumi UK
Telah beberapa kali saya mengubah kedudukannya...
Sehingga saya sendiri tidak pasti, di mana sebenarnya sudut yang sesuai.
Mungkin disebabkan saya tidak tergolong di dalam golongan yang berseni dalam hiasan dalaman,
kedudukan lukisan ini sentiasa berubah-ubah.
Buat sementara ini, saya tempatkan di dinding putih.
Seingat saya, ada beberapa lagi lukisan berbingkai hadiah kawan-kawan saya masih berbungkus elok.
Yang satu ini pun sudah memeningkan, bagaimana dengan yang lain.
Tak berpadanan pula nak memanggil Interior Designer semata-mata sebab ini :)
Siapa ada cadangan, emailkan kepada saya ya!
Monday, 24 August 2015
Nasi Kerabu Yang Super Sedap Berhampiran POLIMAS, Jitra
Saya bukan orang pantai timur dan juga bukan orang selatan tanahair.
Jika mengikut salahsilah keluarga terdekat, sememangnya saya adalah anak jati utara.
Dalam perjalanan hidup, saya bertemu dengan ramai orang yang baik-baik.
Alhamdulillah.
Pertama kali saya merasai nikmatnya nasi kerabu ketika saya belajar di UTM Skudai. Sahabat sebilik saya, orang Tanah Merah Kelantan. Sedapnya hasil masakan bonda beliau. Saya terus tertarik dan ianya menjadi menu kegemaran saya semenjak itu.
Sama juga dengan Laksa Johor dan Nasi Ambeng. Pengaruh suami telah membuatkan setiap kali ke Johor, dua makanan ini menjadi kewajipan dalam menu saya.
Ini adalah nasi kerabu yang betul-betul sedap saya pernah cuba di Jitra. Nama kedainya adalah
KEDAI ANASTASIA.
Pemiliknya adalah anak jati Kelantan saya kira, Sungguh 'dalam' bahasanya hingga agak sukar untuk orang utara seperti saya memahaminya. Apapun, nasi kerabunya memang sedap :)
Untuk edisi yang saya makan ini, tanpa solok lada. Kehabisan katanya!
Thursday, 20 August 2015
Bunga Kerak Nasi Mendamaikan Pengunjung Di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis
Kebiasaannya, di utara, bunga ini begitu popular tapi semakin sukar ditemui di masa kini.
Bunga kerak nasi yang menjadi bunga pilihan di zaman kanak-kanak..membuat kalungan bunga wangi dan diletakkan di rambut yang diikat/sanggul.
Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya,saya menjumpainya semula ketika menghadiri program di Hotel Seri Malaysia Kangar minggu lepas.
Gambar ini diambil berdekatan wakaf di tepi kolam renang hotel.
Sungguh segar dan mewangi.
Saya rasa, bunga ini juga popular di tempat lain, cuma namanya mungkin berbeza.
Kalau google, namanya Bunga Tikar Seladang.
Apa agaknya panggilan di tempat anda?
Wednesday, 19 August 2015
Tuesday, 18 August 2015
Khasiat Durian Belanda
Rentetan dari entry saya di PAUTAN INI, ramai juga yang bertanya tentang khasiatnya.
Saya meminta maaf sebab saya tidak membuat kajian lanjutan tapi saya percaya, banyak juga blog/laman sesawang yang menceritakan tentang kelebihan durian belanda, dari pokok, akar, buah dan lain-lain.
Berdasarkan carian google, saya berterima kasih kepada tuan-tuan empunya blog yang memberi informasi mengenai durian belanda ini. Bagi yang bertanya kepada saya, mungkin boleh membuat rujukan di pautan-pautan yang disenaraikan di bawah:
http://www.durianbelanda.com/
http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-durian-belanda.html
http://daridapurkakgee.blogspot.com/2013/09/durian-belanda-kaya-nilai-perubatan.html
http://kongsibersamanora.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-dan-daun-durian-belanda.html
http://panduanpercuma.info/info/tahukah/5299/khasiat-daun-durian-belanda/
Monday, 17 August 2015
Aktiviti Bersama Keluarga Di Hujung Minggu : Hasil Dapatan Hari Ini
Hujung minggu adalah hari yang paling banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga.
Keluar berjalan-jalan, berbual santai sambil membeli-belah barang-barang dapur.
Kali ni sempat singgah ke pesta buku kecil-kecilan.
Masing-masing membuat pilihan.
Ada bahan bacaan baru dan ada juga stok lama.
Yang penting, semua gembira.
Friday, 14 August 2015
Biji Gajus Bakar dan Gulai Lemak Udang dengan Buah Gajus (Janggus)
Semasa berkemas suratkhabar lama, saya terpandang keratan akhbar ini.
Kalau di Utara, dipanggil Biji Janggus.
Bonda memanfaatkan semua yang ada, dari buah, biji dan pucuknya.
Hidangan tengahari pastinya ada Gulai Lemak Udang dan Buah Janggus, Ulam Pucuk Janggus dengan Sambal belacan berserta ikan goreng.
Kena dengan nasi panas, boleh bertambah-tambah makannya.
Bila petang, sesi membakar biji janggus, biasanya bonda/ayahanda saya yang buat.
Bukan apa, semasa membakar biji janggus, ianya meletup-letup.
Secara peribadinya, jika melihat kepada keratan akhbar ini, kalau harga jualan diletakkan lebih tinggi pun, pembeli tidak akan mempertikaikannya.
Alahai, apalah sangat berbanding dengan proses dan risiko yang dihadapi.
Thursday, 13 August 2015
Bubur Jagung Durian Kegemaran Anak-anak
Ini adalah antara pemanis mulut kegemaran suami dan puteri-puteri saya.
Saya kurang menggemarinya tetapi saya berasa gembira dan sangat terharu dengan reaksi mereka.
Sungguh berselera!
Katanya sedap dimakan bersama roti Gardenia atau biskut Hup Seng
(sekadar menyebut jenama yang ada di rumah saya)
Untuk saya dan putera kecil, cukuplah sekadar bubur nasi ayam sahaja.
Wednesday, 12 August 2015
Monday, 10 August 2015
Dari Kebun Bonda : Sedapnya Durian Belanda!
Durian belanda sentiasa menjadi kesukaan saya di zaman kanak-kanak.
Buah yang 'masak' dicicah dengan kicap.
Alahai.. sedapnya tidak terucap.
Sekarang, ramai yang sudah mengkomersilkan durian belanda.. biasanya dibuat jus, 'iced-blended'
Tapi, saya tidak begitu menggemarinya.
Ini hasil dari kebun bonda.
Banyak juga hasil tahun ini, tapi semuanya sudah ditempah jiran-jiran.
Ini kerana buahnya tidak selalu ada dan ianya percuma!
Saturday, 8 August 2015
Hebatnya Kasih Ibu! Semoga Bertemu Semula di Syurga ...Al-Fatihah
Rasanya masih terbayang -bayang lagi berita tentang kehebatan seorang ibu menjaga anak istimewanya. Semalam, dikejutkan dengan berita sedih. Ibu hebat ini telah kembali ke Rahmatullah.
Airmata saya menjadi begitu murah
Tak henti-henti mengalir, membaca berita di media sosial dan suratkhabar.
Ianya kasihsayang yang tidak ternilai
Ketabahan dan kesabaran yang tidak dapat diterjemahkan!
Ya Allah, Pertemukan kembali kedua-duanya, anak dan ibu ini di Syurga.
Tempatkan roh ibu yang hebat ini di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Semoga insan yang mengambil alih menjaga anak istimewa ini akan diberi kekuatan, dipermudahkan urusan dan diberi ganjaran pahala.
Semoga insan yang mengambil alih menjaga anak istimewa ini akan diberi kekuatan, dipermudahkan urusan dan diberi ganjaran pahala.
Amin.
Friday, 7 August 2015
Hati Seorang Anak!
Semalam puteri sulung saya menyuarakan sesuatu.
Yang meninggalkan kesan jauh ke dalam hati saya.
''Mama, kawan sekelas kakak selalu bengkak-bengkak di muka.
Dr cakap mungkin ada kaitan dengan sakit buah pinggang.
Selalu juga masuk hospital
Kakak ingat nak dermakan duit raya kakak untuk dia.
Dia mesti perlukan duit yang banyak untuk ulang-alik dapatkan rawatan.
Bolehkan mama?''
Saya memeluknya erat.
Saya berdoa semoga Allah berikan anak-anak saya kebaikan hati, pemurah dan
ikhlas dalam membantu insan yang lain.
Amin.
Thursday, 6 August 2015
Syabas Dan Tahniah: Stesen Minyak Petronas Jitra dan Bertam
Saya ingin mengutarakan rasa bangga saya dengan kedua-dua stesen minyak Petronas ini. Saya tidak tahu secara terperinci tetapi saya membuat kesimpulan berdasarkan pengamatan saya.
Di kedua-dua tempat ini, saya terpandang insan-insan istimewa yang kelainan upaya berpakaian seragam menjalankan tugas mereka di sana. Betapa mulianya hati majikan yang memberi peluang setara tidak kira bagaimana fizikal seseorang itu. Jika diberi peluang, insan-insan istimewa ini sebenarnya jauh lebih berupaya dari kita yang biasa-biasa.
Saya pasti, semangat mereka waja, mereka ikhlas berdikari dan bekerja kerana mereka insan yang istimewa...Jika tidak pada orang lain, sejujurnya mereka begitu istimewa di hati saya.
Syabas Dan Tahniah!
Wednesday, 5 August 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)