Saya pasti, jika sebut sahaja jagung mutiara, semua sudah terbayang-bayang Cameron Highland. Sepanjang pembacaan saya di blog-blog pun, ramai yang menceritakan tentang betapa ruginya jika ke CH tanpa merasai jagung mutiara ini. Begitulah Kehebatan Jagung Mutiara Cameron Highland. Alhamdulillah, saya dan keluarga dapat menikmati keenakan jagung mutiara ini... Kedua-dua versi, rebus dan bakar yang dibeli di Pasar Malam Brinchang. Cukup puas hati. Memang hebat!
Tak cukup dengan itu, dalam perjalanan pulang, saya membeli jagung mutiara segar ini. Cumanya saiznya sedikit kecil dari yang saya makan. Ke saya salah tempat membelinya? Erm...
Nota: Orang kata kalau menanam jagung tidak boleh bercakap. Nanti isinya jarang. Siapa pernah cuba angkat tangan :)
No comments:
Post a Comment