Sebak hati saya tatkala menonton keakraban Sahabat Selamanya di pentas akhir AF 2013. Saya tidak pernah mengikuti siri-siri AF secara konsisten dan sewajarnya saya tidak dapat bercerita lanjut mengenainya. Saya menonton sambil meng'iron' stok baju kerja tanpa fokus seratus peratus.
Tiba-tiba muncul babak syahdu Johan dan Zizan. Alahai, hati tisu saya begitu mudah tersentuh. Berderai airmata melihat pelukan erat dua sahabat. Sebenarnya, akhir-akhir ini, saya banyak terdedah kepada kisah sahabat. Bagaimana Jep tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Shuib (Super Spontan 2013) dan keserasian Yus & Tauke yang dipaparkan di dalam Sembang Teh Tarik AC Mizal. Saya cuma berdoa semoga ikatan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.
Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk dedikasikan entry Sahabat Selamanya ini untuk sahabat sejati saya, Lina dan Zana yang setia bersama saya selama lebih dua dekad. Walaupun kini, masing-masing berada di haluan yang berbeza, kami tetap akrab. Keakraban yang tidak pernah berakhir.
Alhamdulillah, mereka setia bersama saya di masa-masa yang sukar dan pastinya mereka berhak meraikan kegembiraan saya juga. Semoga Allah memberi kebahagiaan yang berpanjangan buat mereka.
Terima kasih kerana menjadi sahabat saya!
Nota: Sesungguhnya jarak bukan pemisah. Hanya ikatan yang tulus ikhlas akan kekal selamanya.
No comments:
Post a Comment