Ini adalah aktiviti terkini puteri-puteri kesayangan saya. Aktiviti yang dimulakan dengan membeli durian di pasar malam bertukar menjadi Projek Dusun Durian. Sebenarnya sejak berpindah, rumah baru ini agak kosong. Tanpa pokok bunga, tanpa tanaman. Kesibukan memunggah dan menyusun barang sahaja sudah mengambil masa yang lama. Hanya baru-baru ini saya dan keluarga berpeluang untuk memulakan aktiviti luar rumah. Jadi, pantang melewati mana-mana nursery, memang ada-ada saja yang nak dibeli. Ada beberapa pasu yang belum berisi, puteri-puteri saya gunakan untuk menyemai biji durian. Alhamdulillah, perkembangan yang memberangsangkan. Cuma, itulah... Dusun Durian di dalam pasu bunga. Hari-hari disiram puteri kecil saya. Dua tiga kali juga pasu ini terpaksa dinaikkan tarafnya untuk mengelakkan kebanjiran air.
Apapun, In shaa Allah, ianya akan dipindahkan ke tanah dusun Bonda dalam waktu terdekat. Lepas ni, ada harapan, setiap hujung minggu, mesti nak balik kampung menyiram pokok durian.
No comments:
Post a Comment