Mengejutkan anak dari tidur samada untuk bersahur atau ke sekolah kadangkala menjadi satu kesukaran untuk ibubapa. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang berumur 8 tahun dan 5 tahun, saya juga mempunyai pengalaman yang sama. Jika hendak bersahur jam 5 pagi, saya perlu memulakan proses mengejutkan anak-anak 10 minit atau 15 minit awal. Dengan ini saya masih mempunyai masa untuk terus mengejutkan anak-anak dengan percubaan-percubaan yang lain jika usaha pertama tidak membuahkan hasil. Begitu juga keadaannya jika mahu mengejutkan mereka terutamanya jika bersekolah di sesi pagi.
Bagi saya 'mood' waktu pagi perlu dijaga sebaik mungkin kerana ia menentukan prestasi kita pada hari tersebut. Jadi, saya berfikiran, cara memarahi, berleter atau menepuk kuat bukanlah cara terbaik untuk membangunkan anak-anak atau pasangan yang sedang tidur. Ianya bukan sahaja merosakkan 'mood' mereka, tetapi 'mood' kita juga. InsyaAllah, di entri yang lain akan saya kongsikan cerita mengenai 'mood' ini.
Jom kita tengok 2 tips yang mungkin boleh dicuba.
Thursday Tips: Mengejutkan Anak Bangun Tidur.
- Amalan Bonda : Setiap kali setelah selesai membaca Doa Tidur, Bonda minta saya niatkan untuk bangun pukul berapa dan tujuan apa. Kata Bonda, InsyaAllah, niat yang baik akan baiklah hasilnya. Sebagai contoh, saya hendak bangun seawal 5 pagi untuk bersahur kerana semasa saya masih kecil saya diajar dengan bersahur akan mendapat pahala dan memberi kekuatan untuk berpuasa di siang hari. Orang yang banyak pahala, akan masuk syurga. Berdasarkan pengalaman, biasanya saya akan tersedar dari tidur 5 minit atau 10 minit lebih awal dari waktu tersebut.
- Kalau Dah Jodoh oleh Ustaz Kazim : Jentik kuku ibu jari kaki untuk mengejutkan suami/anak-anak untuk bangun dari tidur. Saya dah cuba untuk anak-anak, alhamdulillah...ianya menjadi. Untuk suami? Belum cuba lagi!
Nota: Ayahanda begitu mementingkan bangun tidur sebelum azan Subuh berkumandang. Murah rezeki katanya.
No comments:
Post a Comment