Ayam Goreng Kunyit dan Ayam Kicap Pedas merupakan lauk kegemaran puteri-puteri saya. Boleh dikatakan dalam seminggu, menu ini pasti berulang di atas permintaan mereka. Saya tiada masalah untuk menyediakannya sebab asas masakan adalah sama... Ayam Goreng.
Bezanya....ayam goreng pedas, ayamnya digoreng 3/4 masak manakala untuk ayam goreng kunyit, ayamnya sedikit garing. Senang, ringkas dan pastinya 'sold out'.
Cumanya, akhir-akhir ini, saya perasan, 'alahan' (alergic) puteri kedua saya terhadap ayam semakin menjadi-jadi. Akan kelihatan biji-biji kecil seolah-olah ruam sebaik sahaja dia menjamah ayam. Begitu cepat dan pantas. Nampaknya saya perlu menyediakan makanan alternatif untuknya yang tidak jauh berbeza dari kedua-dua menu ini.... Ikan mungkin???
No comments:
Post a Comment