- Berbakti kepada kedua ibu-bapa kerana jika dia sudah 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak bantuan.
- Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhaiNya (menjadikan semua nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk beramal soleh)
- Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera dan puterinya.
“Seseorang hamba yang muslim itu, apabila sampai 40 tahun Allah
ringankan hisabnya, apabila sampai 60 tahun Allah anugerahkan kepadanya
rezeki suka kembali kepadaNya (banyak bertaubat), apabila sampai 70
tahun Allah jadikan dia dikasihi oleh ahli langit, apabila sampai 80
tahun Allah teguhkan hasanahnya dan Allah hapuskan sayyi’ahnya
(kejahatannya), dan apabila sampai 90 tahun Allah ampunkan apa yang
terdahulu dan yang terkemudian daripada dosa-dosanya, Allah izinkan dia
memberi syafa’at kepada ahli rumahnya dan dituliskan namanya di langit
sebagai tawanan Allah yang berada di bumi”
No comments:
Post a Comment