Friday 9 October 2015

Pokok Misai Kucing dan Kaitannya Dengan Perkahwinan Lebih Sedekad Yang Lalu


Pernah dengar cerita pokok misai kucing?
Kalau dari segi perubatan mungkin ramai yang dah tahu.
Dulu pun saya tidak mengenali dan mungkin juga tidak ambil kisah sangat tentang pokok ini sehinggalah beberapa bulan sebelum saya bergelar isteri.

Memikirkan warna tema dan juga jenis baju untuk majlis perkahwinan begitu memeningkan kepala.
Setelah berbincang, tema di rumah pengantin perempuan adalah peach manakala di rumah pengantin lelaki adalah kuning keemasan.
Majlis berinai hanya mengenakan jubah merah hitam bagi mengelakkan baju terjejas walaupun terkena calitan inai  :) 

Kemudian, tentang baju akad nikah...Sebolehnya saya cuba untuk elakkan persalinan putih tetapi saya nakkan warna seakan-akan putih.
Jiwa muda, memang banyak kemahuan yang bukan-bukan :)

Akhirnya designer saya mencadangkan warna ungu keputihan.
Mendengarkan ungu sudah cukup membuatkan saya bersetuju. Warna kegemaran saya.
Bagi menerangkan warna, designer menunjukkan gambar pokok misai kucing ini.
Ya, ianya cantik di mata saya.
Terima kasih buat pereka baju yang begitu memahami!

No comments:

Post a Comment