Friday 9 October 2015

Pokok Misai Kucing dan Kaitannya Dengan Perkahwinan Lebih Sedekad Yang Lalu


Pernah dengar cerita pokok misai kucing?
Kalau dari segi perubatan mungkin ramai yang dah tahu.
Dulu pun saya tidak mengenali dan mungkin juga tidak ambil kisah sangat tentang pokok ini sehinggalah beberapa bulan sebelum saya bergelar isteri.

Memikirkan warna tema dan juga jenis baju untuk majlis perkahwinan begitu memeningkan kepala.
Setelah berbincang, tema di rumah pengantin perempuan adalah peach manakala di rumah pengantin lelaki adalah kuning keemasan.
Majlis berinai hanya mengenakan jubah merah hitam bagi mengelakkan baju terjejas walaupun terkena calitan inai  :) 

Kemudian, tentang baju akad nikah...Sebolehnya saya cuba untuk elakkan persalinan putih tetapi saya nakkan warna seakan-akan putih.
Jiwa muda, memang banyak kemahuan yang bukan-bukan :)

Akhirnya designer saya mencadangkan warna ungu keputihan.
Mendengarkan ungu sudah cukup membuatkan saya bersetuju. Warna kegemaran saya.
Bagi menerangkan warna, designer menunjukkan gambar pokok misai kucing ini.
Ya, ianya cantik di mata saya.
Terima kasih buat pereka baju yang begitu memahami!

Thursday 8 October 2015

Apa Yang Istimewa Di THE LOAF, Cenang Mall, Pulau Langkawi

Baru-baru ni berkesempatan bersama keluarga menikmati percutian 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Ini adalah kunjungan kedua dalam waktu terdekat. Kunjungan yang pertama adalah 2 minggu lepas.

Teruja nak bercerita tentang THE LOAF, jadi kita simpan dulu cerita tentang kunjungan pertama.
Sebenarnya dah lama saya mendengar cerita tentang THE LOAF. Ditambah pula dengan rengekan puteri sulung yang seringkali bercerita tentang pastry dan bakery.

Jadi, sementara bukan cuti sekolah dan ada masa terluang hujung minggu, marilah kita jalan-jalan cari makan di Pulau Langkawi dengan tujuan utama:
 Menikmati keenakan hidangan di THE LOAF. 
(Selalu baca review, kebanyakan bagi 4 atau 5 bintang)

Secara peribadinya, kami sekeluarga sangat berpuashati dengan makanan dan layanan tapi sedikit terkilan sebab sampai dah malam, pilihan pun tak banyak, jadi kita 'take away' sahaja.
.
 Jom tengok, apa yang dibeli:



Sedapnya...Kita bagi 5 bintang!!!

Cuma, saya rasa bonus point patut diberi kepada staff lelaki yang bertugas ketika saya tiba.
Saya percaya, beliau terlatih dan ikhlas bekerja. Dari awal pelanggan masuk, disambut dengan senyuman, dicadangkan beberapa makanan mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan, diterangkan tentang kandungan bun,roti dll. 
Mendengarkan penerangan beliau sudah membuat kami sekeluarga teruja. Jadi setiap jenis yang ada, dipilih, dibeli dan dibawa makan di tempat penginapan.

Alhamdullillah, semuanya sedap dan penerangan yang diberikan menunjukkan beliau mahir di situ.
Thumbs Up kepada staff THE LOAF ini.
 Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam pekerjaannya.

Secara umumnya, makanan sedap dan layanan terbaik!
Untung THE LOAF, Cenang Mall kerana mempunyai staff sebegini!

KAD AHLI :)