Sejak saya kecil sehingga kini, pelukan bonda sememangnya menjadi satu kemestian.
Ianya tidak terbatas kepada waktu, masa atau ketika. Pelukan bonda membuatkan saya rasa tenteram, tenang dan saya rasa begitu selamat. Saya rasa terlindung di dalam pelukannya sambil jejari bonda mengusap kepala dan berbicara lembut. Pelukan itu menjadi tarikan rindu yang sangat kuat setiap kali saya terpaksa bertugas lama di luar kawasan. Begitulah hebatnya kuasa pelukan seorang ibu.
Saya juga tidak mahu melepaskan peluang ini. Sebagaimana yang saya rasa, saya mahukan permata-permata hati saya menikmatinya. Memeluk dan mencium mereka. Membiarkan kasih sayang yang mengalir menjadi kukuh dan kuat kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai. Membiarkan kerinduan sentiasa ada di dalam jiwa mereka untuk sentiasa mengingati mama mereka.
SAYA SAYANG IBU!
No comments:
Post a Comment