Monday, 12 January 2015

Mereka mungkin tiada apa yang kita ada TETAPI...

... Yang sebenarnya kita pun belum pasti samada kita mampu memiliki apa yang mereka ADA ketika ini jika kita berada di tempat mereka.


Wahai anak-anak yang gigih...

Tiada Buku, Tiada Beg, Tiada Kasut, Tiada Pakaian Seragam...Tetapi anak-anak semua ada SEMANGAT DAN KETABAHAN yang meredhai ketentuan Allah.
Semoga diberi kejayaan yang cemerlang di sebalik segala kepayahan dan ujian. Semoga menjadi insan yang terbilang yang cekal di dalam kehidupan.
 Amin.

#merekayangtabah


Thursday, 8 January 2015

Hebatnya Kuasa Pelukan Seorang Ibu

Sejak saya kecil sehingga kini, pelukan bonda sememangnya menjadi satu kemestian.
Ianya tidak terbatas kepada waktu, masa atau ketika. Pelukan bonda membuatkan saya rasa tenteram, tenang dan saya rasa begitu selamat. Saya rasa terlindung di dalam pelukannya sambil jejari bonda mengusap kepala dan berbicara lembut. Pelukan itu menjadi tarikan rindu yang sangat kuat setiap kali saya terpaksa bertugas lama di luar kawasan. Begitulah hebatnya kuasa pelukan seorang ibu.

Saya juga tidak mahu melepaskan peluang ini. Sebagaimana yang saya rasa, saya mahukan permata-permata hati saya menikmatinya. Memeluk dan mencium mereka. Membiarkan kasih sayang yang mengalir menjadi kukuh dan kuat kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai. Membiarkan kerinduan sentiasa ada di dalam jiwa mereka untuk sentiasa mengingati mama mereka.

SAYA SAYANG IBU!

Wednesday, 7 January 2015

Edisi Terlepas Pandang : Set Habanero Untuk Makan Malam

DI ENTRY INI saya meletakkan  Demam Habanero... 
Alhamdulillah, sekali je bersuara untuk merasainya, ia telah tiba di meja makan saya.
Terima kasih suami!
p/s: Gambar baru jumpa dalam galeri telefon


Tuesday, 6 January 2015

Tiga Yang Comel Untuk Tiga Kesayangan Dalam Misi TESCO

Misi anak-anak saya telah berjaya.
Mereka namakan misi hujung tahun TESCO mereka.
Puteri sulung yang memilih untuk puteri kedua dan putera ketiga.
Tiga yang comel untuk tiga kesayangan saya.
Mereka permata hati saya dan suami.
 Semoga mereka membesar dengan sihat, ceria dan sentiasa berkasih sayang sesama mereka. 




Monday, 5 January 2015

Menjadi Ibu Terhebat Untuk Anak-anak Kita

Kita mungkin tidak boleh menjadi ibu yang terbaik di dunia tetapi kita mampu menjadi ibu yang terhebat kepada anak-anak kita. 
Bersama berazam untuk menjadi ibu kebanggaan anak-anak.
Permata hati, amanah dari Allah.

Nota: Mod iklan radio tentang dua kanak-kanak saling memberitahu kari ibu masing-masing paling best! Menu makan malam hari ini secara automatik mesti ada Kari Kentang Dan Lobak Merah Bersama Ayam...Nampak macam terbalik ayatnya... tapi itulah hakikatnya. 




Sunday, 4 January 2015

Apa Nak Buat Di Hari Ahad? Misi Ibu dan Anak-Anak

Bermula selepas minum pagi..hari ini misi bersama puteri-puteri mengubahsuai susunatur bilik mereka. Mereka sudah mempunyai citarasa sendiri.
Memberi suntikan baru untuk tahun 2015.
Memberi warna-warni yang menceriakan.
Memberi semangat dan wajah baru.
Di sebelah petang, masih ada misi yang perlu dilaksanakan.
Misi yang berbeza tetapi destinasinya sama. 
Yang penting dapat memanfaatkan masa bersama-sama hari ini.

Misi hari ahad bagi seorang ibu yang bekerja adalah memenuhkan peti sejuk untuk bekalan memasak selama  seminggu...


Ini pulak misi anak-anak...

?


?


?


?


?


?


?


Dan.... Taman Permainan






Saturday, 3 January 2015

12 Rabiul Awal

Junjungan Mulia  (Al Mizan)

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia




Friday, 2 January 2015

Catatan Subuh ~ Di Hari Jumaat Pertama Di Tahun Baru 2015

Jumaat, penghulu segala hari. 
Hari ini, hari Jumaat pertama di tahun baru 2015. 
2 Januari 2015 ~ 11 Rabiul Awal 1436
Penuh ketenangan, penuh kedamaian.

Ya Allah, 
Permudahkan segala urusan kami
Lorongkan kami ke jalan yang lurus
Jadikan kehidupan kami lebih baik dari hari ke hari
Tetapkan hati dan kuatkan iman kami untuk menerima segala ketentuanMu
Semoga kami tergolong di dalam golongan orang yang bersyukur & sentiasa mengingatiMu
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami
Amin.


Thursday, 1 January 2015

Hikmah Kesabaran

Petikan Dari Pautan Ini

Sepuluh Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar


Pertama : Diampunkan dosa untuknya.

Kedua : Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

 Ketiga : Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)
  
Keempat : Dibebaskan daripada seksaan api neraka.

Kelima : Diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Keenam : Diberikan ganjaran pahala tanpa batas.

Ketujuh : Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

Kelapan : Mendapat balasan syurga.

Kesembilan : Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

Kesepuluh : Diberikan oleh Allah SWT sifat penyabar.


*** SELAMAT DATANG 2015! ***