Musim demam kembali...Di tempat kerja, ianya menjadi topik hangat menenggelamkan kesibukan promoter kuih raya. Bukan anak-anak sahaja yang mengalami demam...Malah pasangan dan ahli keluarga juga ada yang turut demam. Yang lebih teruk jika pakej sekali dengan batuk dan selsema...alahai, jika bayi yang mengalaminya...lagi kesian.
Berjumpa yang pakar (doktor perubatan) adalah jalan terbaik untuk pemeriksaan. Selain daripada itu, saya kongsikan tips amalan dari bonda.
1. Banyakkan minum air masak/plain water dan makan orange Sunkist, kurangkan tembikai.
2. Bagi mengelakkan demam berpindah kepada ahli keluarga serumah,tukar dan basuh cadar,sarung bantal, tuala, selimut yang digunakan.
3. Kat halaman rumah/kawasan rumah, tanam pokok bunga melur/jasmine.
Ehsan Google (bunga melur)
Jika anda ada tips/petua....kongsikan di sini.