Sudah hampir tiga bulan rupanya kita berada di tahun 2015.
Sekejapnya masa berlalu.
Baru saya teringat, ada sesuatu yang saya terlupa nak lakukan.
Biasanya saya catatkan di dalam telefon bimbit sahaja... tapi kali ini saya nak paparkannya di sini.
Mana tahu, ada yang berkongsi minat seperti saya.
15 buah buku untuk tahun 2015 :)
Tetapi saya paparkan 9 dahulu yang 'wajib' saya beli.
Lagi 6 akan saya tentukan dari masa ke masa berdasarkan terbitan terbaru sepanjang tahun.
Tahun lepas, saya membeli 14 buah buku.. tetapi cuma sempat membaca 10 daripadanya.
Tahun ini saya berazam menghabiskan 19 buah buku.
Selamat Maju Jaya Untuk Saya :)