Beberapa hari ini saya berkesempatan menonton beberapa siri motivasi di TV. Di dalam kebanyakkan slot, saya lebih tertarik dengan topik cara-cara menghadapi saat-saat yang sukar.
Sememangnya, sebagai manusia, kita pasti tidak terelak daripada pernah menghadapi saat-saat sukar di dalam hidup. Mungkin setiap seorang dari kita pernah menghadapinya sekurang-kurangnya sekali. Antara contoh saat-saat yang sukar adalah kehilangan orang tersayang, kesempitan hidup, kejatuhan dalam perniagaan dan juga kegagalan di dalam pelajaran.
Saya berpandangan yang sama. Kesukaran, kesusahan dan kepayahan itu adalah dugaan dan ujian. Jadi kita kena redha dan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani saat itu.
Secara kesimpulannya, rata-rata pakar motivasi menekankan dua perkara utama untuk menghadapi saat-saat yang sukar ini iaitu:
THINK, DO AND BE POSITIVE
BERDOA PADA ALLAH
In shaa Allah, dengan dua perkara ini, semua urusan kita selanjutnya akan dipermudahkan dan kita menjadi lebih realistik di dalam kehidupan.